nuffnang

Ahad, 18 Julai 2010

Kek Batik

dh lama nk buat kek batik ni.. cuti br ni br berkesempatan..
resepi ni ambik br blog 'http://tiffinbiru.blogspot.com/'
thanks abg MAT GEBU

BAHAN-BAHANNYA :-)
20-25 keping biskut marie, dipatah 4 setiap keping
1/2 cawan mentega (kurang lebih 125g),
1/2 cawan gula (boleh kurang kalau suka)
1/2 cawan susu pekat manis
1 camca teh esen vanilla
1 cawan milo
2 camca besar serbuk koko
1/3 cawan gajus, dipanggang hingga rangup( x letak pun huhu)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan mentega, gula, susu dan esen vanilla dalam periuk, masak atas api kecil sambil dikacau sentiasa hingga semua larut dan bersatu dan cair. Masukkan serbuk koko dan milo, kacau hingga rata.
  2. Masukkan  biskut marie. Gaul pantas hingga semua bahan2 tadi bergaul mesra dan rata.
  3. Tuang dalam tin kek yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Ratakan permukaan kek dengan belakang senduk yang telah disapu dengan sedikit mentega, hingga rata. Sejukkan betul sebelum dipotong....
Hasil nye...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan